Saturday 14 September 2013

Gua Kelam



Gua Kelam, Perlis ialah sebuah gua batu kapur di Perlis, Malaysia. Gua ini terletak di pinggir pekan Kaki Bukit, 33 km di utara Kangar. Terdapat sebuah terowong semula jadi sepanjang 370 meter di dalamnya. Jambatan gantung di dalamnya menjadi tarikan pelancong. Air yang yang mengalir di dalamnya mengalir ke Sungai Perlis.


Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen menyatakan Kementerian Pelancongan merancang untuk menjadikan gua ini sebagai destinasi pelancongan utama. Projek "Secret Garden of Perlis" ini akan melantik perunding rekabentuk taman bunga iaitu dua dariPerancis dan seorang dari London.[1]


Gua Kelam dahulunya terkenal dengan lombong bijih yang menghasilkan bijih yang bermutu tinggi.Gua ini juga menjadi jalan penghubung antara penduduk Wang Kelian dan Kaki Bukit.Gua Kelam di namakan sempena dengan keadaannya di mana kedudukannya di kaki bukit dan suasana kelam yang sentiasa menyelubungi gua ini. Sungai bawah tanah yang panjangnya lebih kurang 400 meter mengalir melalui banjaran batu kapur dapat dilihat semasa melalui gua ini. Sungai bawah tanah ini adalah fenomena kejadian semulajadi. Bekalan elektrik disediakan untuk pelawat menikmati keindahan dalam gua. Pada tahun 1935, seorang warga Inggeris menyedari bahawa laluan sungai di sini adalah cara yang baik untuk mengangkut bijih timah dari sebuah lombong berhampiran sungai ini menerusi gua bawah tanah ke Kaki Bukit. Kini pelawat tempatan dan asing boleh berjalan menerusi gua ini menggunakan sebuah laluan kayu yang diterangi cahaya lampu.


Langkawi

Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Pulau Langkawi diberi status bebas cukai pada tahun 1987. Kini, pulau yang kaya dengan keindahan semula jadi dan lagenda masa silam ini telah menampilkan diri sebagai salah satu daripada destinasi perlancongan yang paling popular di Malaysia. Langkawi sebenarnya merupakan suatu gugusan pulau di mana Pulau Langkawi merupakan yang terbesar.

Batu Feringgi



Batu Feringgi (Bahasa Inggeris: Foreigner’s Rock[1]) adalah sebuah kawasan peranginan yang terkenal dengan hotel besar, kedai pelancongan, tempat peranginan, restoran dan pejabat penyewaan kereta dan motosikal. Ia terletak tidak jauh dari pusat bandaraya George Town.


Batu Feringgi terletak di sepanjang jalan pesisiran barat laut bandar raya Georgetown dan dipenuhi dengan resort bertaraf antarabangsa, merupakan pantai paling popular di Pulau Pinang.


Pantai Batu Feringgi juga telah dilanda ombak besar tsunami sewaktu berlakunya tragedi Gempa bumi 26 Disember 2004.


Pantai Murni



Asyik duduk menghadap kerja di komputer tentu membosankan, betul tak? Apakata kali ini aku nak mengajak anda semua untuk bersiar-siar, keluar berjalan-jalan sambil makan angin diwaktu petang ke Pantai Murni di Kedah.
Sedikit info mengenai Pantai Murni dan juga daerah Yan amnya , pantai ini terletak di pekan Yan Besar iaitu kira-kira 35 km dari bandar Sungai Petani dan lebih kurang 45 minit perjalanan dengan menggunakan kereta dari bandaraya Alor Setar.
Selain dari Pantai Murni , Yan juga terkenal dengan beberapa tempat peranginan dan kawasan rekreasi yang lain seperti Air Terjun Titi Hayun , Air Terjun Batu Hampar dan Air Terjun Seri Perigi serta pendakian di Tangga Kenari dan juga puncak Gunung Jerai.

Daerah Yan merupakan kawasan Jelapang Padi yang terbesar di negeri Kedah dengan keindahan panorama bendang dan sawahnya berlatarbelakangkan Gunung Jerai yang berketinggian 986 meter.

Pantai Merdeka




Pengetahuan tentang pantai merdeka
Pantai merdeka terletak di Kota Kuala Muda,Daerah Kuala Muda,Kedah.Ia terletak di antara laut dan sungai.Ia merupakan tempat menarik bagi pelancong terutamata pelancong tempatan.Resort telah disediakan untuk pengunjung.Oleh itu,anda tidak perlu bimbang.

Friday 13 September 2013

Syamsul Yusof Berang Filem KL Gangster 2 Tersebar di Internet Sebelum Tayangan





FILEM arahan pengarah terkenal, Syamsul Yusof, KL Gangster 2 yang menelan kos mencecah RM 4 juta dikhabarkan telah tersebar di internet meskipun ia masih belum ditayangkan di mana-mana pawagam.


Melalui status Facebooknya yang terkini, Syamsul memberi amaran keras terhadap pihak yang melakukan perkara tersebut.


“Peringatan buat semua, pihak Skop Production dan Grand Brilliace akan mengambil tindakan keras kepada mana-mana individu yang mengedarkan atau memuatnaik filem KL Gangster 2 tanpa kebenaran, di mana-mana media sekalipun.


“Kami dan pihak berkuasa akan mengambil tindakan habis-habisan untuk mengesan mereka yang bertanggungjawab,” katanya.


Sinar Harian Online difahamkan, Syamsul sendiri telah pergi membuat laporan polis, pagi tadi.


Sementara, di laman sosial Facebook Skop Productions menulis, “Amaran: Laporan polis telah dibuat ke atas pihak yang bertanggungjawab mencuri dan memuatnaik filem terbaru kami di laman internet.”


Status itu juga menyebut, “Kami akan pastikan pihak yang bertanggungjawab tak akan terlepas. Hentikan penyebaran ‘link’ di laman sosial sebelum tindakan dikenakan.”


Sementara itu, status Facebook tersebut turut memberitahu pemantauan telah dijalankan dari pihak polis anti-siber.


“Sebarang maklumat ‘link’ yang dimuatnaik atau muatturun di laman Facebook, Youtube, blog, Twitter dan sebagainya akan diambil tindakan.


“Ini adalah satu jenayah serius dan tidak akan dibiarkan,” tulisnya.
Filem sekuel arahan Syamsul, KL Gangster berjaya meraih kutipan box office RM12 juta.