Saturday 14 September 2013

Gua Kelam



Gua Kelam, Perlis ialah sebuah gua batu kapur di Perlis, Malaysia. Gua ini terletak di pinggir pekan Kaki Bukit, 33 km di utara Kangar. Terdapat sebuah terowong semula jadi sepanjang 370 meter di dalamnya. Jambatan gantung di dalamnya menjadi tarikan pelancong. Air yang yang mengalir di dalamnya mengalir ke Sungai Perlis.


Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen menyatakan Kementerian Pelancongan merancang untuk menjadikan gua ini sebagai destinasi pelancongan utama. Projek "Secret Garden of Perlis" ini akan melantik perunding rekabentuk taman bunga iaitu dua dariPerancis dan seorang dari London.[1]


Gua Kelam dahulunya terkenal dengan lombong bijih yang menghasilkan bijih yang bermutu tinggi.Gua ini juga menjadi jalan penghubung antara penduduk Wang Kelian dan Kaki Bukit.Gua Kelam di namakan sempena dengan keadaannya di mana kedudukannya di kaki bukit dan suasana kelam yang sentiasa menyelubungi gua ini. Sungai bawah tanah yang panjangnya lebih kurang 400 meter mengalir melalui banjaran batu kapur dapat dilihat semasa melalui gua ini. Sungai bawah tanah ini adalah fenomena kejadian semulajadi. Bekalan elektrik disediakan untuk pelawat menikmati keindahan dalam gua. Pada tahun 1935, seorang warga Inggeris menyedari bahawa laluan sungai di sini adalah cara yang baik untuk mengangkut bijih timah dari sebuah lombong berhampiran sungai ini menerusi gua bawah tanah ke Kaki Bukit. Kini pelawat tempatan dan asing boleh berjalan menerusi gua ini menggunakan sebuah laluan kayu yang diterangi cahaya lampu.


No comments:

Post a Comment