Saturday 14 September 2013

Pantai Murni



Asyik duduk menghadap kerja di komputer tentu membosankan, betul tak? Apakata kali ini aku nak mengajak anda semua untuk bersiar-siar, keluar berjalan-jalan sambil makan angin diwaktu petang ke Pantai Murni di Kedah.
Sedikit info mengenai Pantai Murni dan juga daerah Yan amnya , pantai ini terletak di pekan Yan Besar iaitu kira-kira 35 km dari bandar Sungai Petani dan lebih kurang 45 minit perjalanan dengan menggunakan kereta dari bandaraya Alor Setar.
Selain dari Pantai Murni , Yan juga terkenal dengan beberapa tempat peranginan dan kawasan rekreasi yang lain seperti Air Terjun Titi Hayun , Air Terjun Batu Hampar dan Air Terjun Seri Perigi serta pendakian di Tangga Kenari dan juga puncak Gunung Jerai.

Daerah Yan merupakan kawasan Jelapang Padi yang terbesar di negeri Kedah dengan keindahan panorama bendang dan sawahnya berlatarbelakangkan Gunung Jerai yang berketinggian 986 meter.

No comments:

Post a Comment