Syamsul Yusof Berang Filem KL Gangster 2 Tersebar di Internet Sebelum Tayangan

Melalui status Facebooknya yang terkini, Syamsul memberi amaran
keras terhadap pihak yang melakukan perkara tersebut.
“Peringatan buat semua, pihak Skop Production dan Grand
Brilliace akan mengambil tindakan keras kepada mana-mana individu yang
mengedarkan atau memuatnaik filem KL Gangster 2 tanpa kebenaran, di mana-mana
media sekalipun.
“Kami dan pihak berkuasa akan mengambil tindakan habis-habisan
untuk mengesan mereka yang bertanggungjawab,” katanya.
Sinar Harian Online difahamkan, Syamsul sendiri telah pergi
membuat laporan polis, pagi tadi.
Sementara, di laman sosial Facebook Skop Productions menulis,
“Amaran: Laporan polis telah dibuat ke atas pihak yang bertanggungjawab mencuri
dan memuatnaik filem terbaru kami di laman internet.”
Status itu juga menyebut, “Kami akan pastikan pihak yang
bertanggungjawab tak akan terlepas. Hentikan penyebaran ‘link’ di laman sosial
sebelum tindakan dikenakan.”
Sementara itu, status Facebook tersebut turut memberitahu
pemantauan telah dijalankan dari pihak polis anti-siber.
“Sebarang maklumat ‘link’ yang dimuatnaik atau muatturun di
laman Facebook, Youtube, blog, Twitter dan sebagainya akan diambil tindakan.
“Ini adalah satu jenayah serius dan tidak akan dibiarkan,”
tulisnya.
Filem sekuel arahan Syamsul, KL Gangster berjaya meraih kutipan
box office RM12 juta.
No comments:
Post a Comment