Menu Makanan Utara

Saja nak berkongsi makanan2 best kat utara yg aku penah n selalu mkn. Kalau aku kata makanan tu best, hgpa2 sila la percaya sbb aku adalah pencinta makanan. Kalau aku kata sedap, maknanya mmg 150% la sedap.....tudiaa lbh dr 100% tu, mmg sedap tak sangga la kiranya tu, haha.


Jom la kita teruskan rancangan Jalan2 Cari Makan kita ni dgn melayoq gambaq2 makanan hat sedap2 ittew.....






satey gergasi....suka hati aku ja bg nama sbb tatau nama satey ni. Tp kat gerai ni ada tulis satey kajang tp tobat la langsung tak sama mcm satey kajang. Satey ni berpuluh2 kali ganda lbh sedap n merupakan satey plg sedap aku penah mkn. Tudiaaa promote tak hagak2, pakcik satey kalu baca ni sila bg satey pree kat cheq buang 10 cucuk noooo.






lokasi kat sg lalang@sg petani gerai tepi jln ja. Kalu dr aloq staq gerai dia sebelah kiri, dkt2 dgn wescourt n masjid. Kalau nampak org dok bakaq satey tepi jln ada keta hilux tu, hah betoi la situ gerai dia. Yg juai tu pakcik dua laki bini. Selalu kalau kami beli mmg tak penah lbh dr 15 cucuk sbb satey dia nalaaa punya besaq habaq hg! Kdg2 15 cucuk tu membawak sampai bekpes esok paginya. Secucuk 7 kupang@70 sen tp sgt2 la berbaloi dgn saiz gabai dia. Kuah pun sedap, cuma yg tak bestnya satey dia suka hangit n kena layan diri kalau beli. Sapa yg beli kena bungkus satey n kuah sendiri. Tp sedap punya pasai, tak jadi hal punya!






cheese nan....mana2 kedai nasi kandaq pun ada tp aku plg suka n plg sedap kat tekak jinadalah cheese nan kat Nasi Kandar Nasymir lagenda height. Roti nan dia walla2 punya lembut tp aku tak suka yg set tandoori tu sbb ayam dia kering, i dont like. Selalu kalau mkn cheese nan wajib minta kuah kari ikan n ayam masak hitam....terangkat!!






yezza......aku mmg hantu mee udang. Ni mee udang kat pantai merdeka, gerai Kak Chik yg ada juai ABC gunung jerai tu. Selalu kalau ketagih mee udang mmg kedai ni la aku tala selain dr mee udang pulau sayak. Kesedapan dia kalau nak dibandingkan dgn mee udang mak jah ataupun mee udang mak teh kuala sepetang tu, mmg hat ni menang tanpa bertanding la jwbnya. Sepinggan rm8.






mee hailam@mcdota. Mcdota ni restoran makanan segera kat sp ni, rasanya tempat lain mmg tadak kot restoran ni.....tatau la tak penah dengaq pun kalau2 tempat len ada. Kalau masuk mcdota, mmg aku tak order benda lain dah selain mee hailam dia. Tp rasanya dulu lg best n sedap mee hailam ni, lani mcm kureng sikit....mgkin dah tukaq tukang masak kot! Harga....sori tak ingat bopa.






selain dr mee udang, mee rebus jugak merupakan kegilaan aku. Setakat ni, tak penah lg la aku jumpa mee rebus sedap mcm mee rebus mak long ni. Jgn salah sangka, maksud aku mee rebus yg beli la....kalau homemade sure la sedap lg mee rebus yg aku buat, nak jugakkkkkkkkkkk tu! Kahhhhh. Lokasi dia kat paya keladi, kepala batas. Harga murah ja, rm3.50.







hah mee udang lg.....ni mee udang pulau sayak, kedai yusof. Kalau sapa besa p pulau sayak mesti tau kat sana byk kedai mee udang tp sedap tak sedap blm tentu lg. Kalau hat yusof ni aku berani jamin mmg sedap, dr zaman bujang lg arwah ayah selalu bwk mai mkn kedai ni. Sepinggan rm7 kalau mee udang besa, kalau special hgpa p tanya tuan kedai sendiri....aku lupa.






popia basah yg sumpah sedap gila!! Sapa mkn kata tak sedap, sahih lidah dia hilang deria rasa. Dia punya inti sedap, dia punya sos pun sedap. Selalu kalau beli aku minta dia tuang sos byk2, pedaih2 manis.....oiiii sedap sungguh! Sebijik 0.50 berbaloi dgn saiz dia yg besaq. Ohhh lokasi.....kat traffic light pekan kepala batas. Popia goreng dia pun sedap tp aku suka lg popia basah ni.






pasembor yan yg kesedapannya mmg tak dpt ditandingi oleh mana2 pasembor pun di dunia ini. Haha, amacam ayat, gerun tak? Hanya blh didapati di market Yan n Guar Cempedak saja. Tp Kat market guaq tu tak sebest yg market yan punya. Special pasai pasembor ni opkos la sbb kuah dia sedap, lg satu dia punya bhn2 tu meriah sungguh....ada perut lembu, limpa, hati semua. Ada isi ikan jugak tp selalu aku tak amik yg tu. Sebungkus rm5, sila menyesal sapa2 yg dok luaq dr negeri kedah. Hoho.







selain dr mee rebus n mee udang, aku jugak adalah peminat setia char ko teow. Dulu ni aku peminat no 1 CKT teluk molek sampai bertemu jodoh dgn en.khai pun kat kedai CKT tu la. Tp sygnya kedai tu dah tadak lani, susah dah aku nak jumpa CKT sesedap yg teluk molek punya. Tp CKT sanchin kat bakar arang@sp (dekat kilang sanchin n Gmart) ni boleh la habuan nak lepas kempunan. Kiranya ni CKT no 2 tersedap penah aku mkn slps CKT teluk molek. Harga sgt murah, biasa punya baru rm2.50, special atau extra rm3.00 n special extra baru rm3.50. Mmg tak jumpa la harga mcm ni kat tempat lain. Sila menyesal sekali lg sbb tak dok di kedah....hahaha.






bakso ketiga tersedap penah di makan. Selain dr bakso tmn sejati n bakso sebelah yuan hat, bakso permatang berangan ni pun dlm kategori bakso sedap jugak. Sepinggan rm4.00.

No comments:

Post a Comment